Cute Box Cat

Benci English !

Saya memang tak suka subjek nie , sejak dari darjah 3 lagi . Benci gila bila kena buat ORAL TEST . Kalau bole nak sangat mengelak , buat-buat sakit ke , tolong cikgu ke . Tapi apakan daya , terpaksa juga buat . Kalau tak sampai kesudah cikgu still panggil gak . Korang semua nak tahu apa sebabnya ? Nie baru nak buka buku masa kecik nie . Hahaha .. Sebenarnya waktu saya mula-mula masuk tadika , saya nie tak adalah pandai sangat bahasa inggeris , tapi tak lah teruk sangat . Tapi sejak insiden yang berlaku waktu saya darjah 3 , tuh yang membuatkan saya tak suka belajar subjek english . Saya mula benci cikgu dan subjek . Sampai sekarang , gred untuk bahasa inggeris hanya akan dapat C , D , E . dan kadang-kadang ada sampai fail . Insiden apa saya pon dah lupa , tapi insiden tuh memang membuatkan saya benci ENGLISH . Bukan sekolah rendah je , sekolah menengah pon sama , saya tetap benci . Tapi bila saya naik form 3 , saya jeolous dengan kawan-kawan yang bole speaking in english and buat eassy yang best . Saya buat eassy macam budak darjah satu , tak tahu apa yang saya citer . Perkataan pun berterabur jew , main tulis ikut tangan nak tulis apa. Hahaha .. Bila saya fikir balik , sampai bila saya nak benci subjek english nie . Nanti saya juga yang rugi . So , saya belajar dan masih belajar lagi sekarang untuk mantapkan english saya . Kesedaran nie datang waktu saya form 5 , nak spm baru ingat benda nie penting . Hahaha .. Bukan tuh je , saya ada IDOLA ataupun ICON saya , dia ialah SHILA AMZAH ! Saya nie bukan minat sangat dengan SHILA AMZAH nie , tapi bila saya kenal dia melalui Twitter , saya rasa dia nie OKAY juga . Ada kelainan daripada artis-artis lain . OOOOPPPPPPSSSSS !!!!!!!!! Bukan nak cite pasal artis lah , sambung balik cite saya tadi , ksha (SHILA AMZAH) nie suka buat video dekat youtube macam-macam lagu . Saya tertarik mendengar lagu english yang dinyanyikan ksha (SHILA AMZAH) dan baru saya dengar original artis dia . Saya bukan setakat benci subjek english , tapi tak layan sangat lagu english nie , kalau layan pun tak faham maksud dia . Kelakar tak ? Jadi dengan cara dengar lagu , saya cuba berkaroake dan faham setiap maksud lagu itu . Bangga tak bangga , saya berjaya menyanyikan lagu ini .



Lagi satu , rancangan OhMyEnglish , sangat memberi saya semangat dan membantu saya !