Cute Box Cat

Christina Perri - A Thousand Years [Karaoke] "Twilight Breaking Dawn"



saya selalu karoake lagu nie sejak akhir-akhir nie , kalau dulu . Ya ampun dengar jew , tapi tak faham pape . Hahahaha .. Tapi sekarang dah improve sikit :)

Benci English !

Saya memang tak suka subjek nie , sejak dari darjah 3 lagi . Benci gila bila kena buat ORAL TEST . Kalau bole nak sangat mengelak , buat-buat sakit ke , tolong cikgu ke . Tapi apakan daya , terpaksa juga buat . Kalau tak sampai kesudah cikgu still panggil gak . Korang semua nak tahu apa sebabnya ? Nie baru nak buka buku masa kecik nie . Hahaha .. Sebenarnya waktu saya mula-mula masuk tadika , saya nie tak adalah pandai sangat bahasa inggeris , tapi tak lah teruk sangat . Tapi sejak insiden yang berlaku waktu saya darjah 3 , tuh yang membuatkan saya tak suka belajar subjek english . Saya mula benci cikgu dan subjek . Sampai sekarang , gred untuk bahasa inggeris hanya akan dapat C , D , E . dan kadang-kadang ada sampai fail . Insiden apa saya pon dah lupa , tapi insiden tuh memang membuatkan saya benci ENGLISH . Bukan sekolah rendah je , sekolah menengah pon sama , saya tetap benci . Tapi bila saya naik form 3 , saya jeolous dengan kawan-kawan yang bole speaking in english and buat eassy yang best . Saya buat eassy macam budak darjah satu , tak tahu apa yang saya citer . Perkataan pun berterabur jew , main tulis ikut tangan nak tulis apa. Hahaha .. Bila saya fikir balik , sampai bila saya nak benci subjek english nie . Nanti saya juga yang rugi . So , saya belajar dan masih belajar lagi sekarang untuk mantapkan english saya . Kesedaran nie datang waktu saya form 5 , nak spm baru ingat benda nie penting . Hahaha .. Bukan tuh je , saya ada IDOLA ataupun ICON saya , dia ialah SHILA AMZAH ! Saya nie bukan minat sangat dengan SHILA AMZAH nie , tapi bila saya kenal dia melalui Twitter , saya rasa dia nie OKAY juga . Ada kelainan daripada artis-artis lain . OOOOPPPPPPSSSSS !!!!!!!!! Bukan nak cite pasal artis lah , sambung balik cite saya tadi , ksha (SHILA AMZAH) nie suka buat video dekat youtube macam-macam lagu . Saya tertarik mendengar lagu english yang dinyanyikan ksha (SHILA AMZAH) dan baru saya dengar original artis dia . Saya bukan setakat benci subjek english , tapi tak layan sangat lagu english nie , kalau layan pun tak faham maksud dia . Kelakar tak ? Jadi dengan cara dengar lagu , saya cuba berkaroake dan faham setiap maksud lagu itu . Bangga tak bangga , saya berjaya menyanyikan lagu ini .



Lagi satu , rancangan OhMyEnglish , sangat memberi saya semangat dan membantu saya !

Hari Belia Putrajaya 2012



Semalam saya pergi hari belia , Ya ampun , punya lah ramai makhluk tuhan dekat situ . Saya yang datang situ pada mulanya nak berjumpa dekat SHILA AMZAH . Tapi dah memang tak ada rezeki , sampai balik pon saya tak jumpa lagi SHILA AMZAH tuh . Ya Allah , dah banyak kali doa pon , macam tuh jugak lah . Saya pon tak tahu nak buat macam , redha jelaa . Nak buat macam mana , dah lah saya ajak kawan-kawan pegi putrajaya . Tapi tak ada apa yang menarik langsung . Sedihnya hati , tapi ini semua anggap sebagai dugaan . Kalau ada rezeki tak kan kemana , insyaallah jumpa . Mintak-mintak lah , hehehe . Tapi ada petanda taw sebelum saya sampai putrajaya , camera saya habis bateri . Saya pon tak sangka , kecewa sikit time tuh. Tapi kawan saya offer suruh guna fon dia . Yela fon dia gambar cantik sikit . Saya pon bersemangat balik , tapi malangnya saya still tak jumpa artis idaman saya . Saya suka dia ada sebab yang korang semua tak tahu . Dia pandai speaking , nyanyi , dan berbakat . Yang paling penting dia tak pernah fikir negatif , always positive thingking ! Mungkin ini baru permulaan bagi saya untung lebih mengenali diri artis itu . Saya akan sabar , kerana sabar akan membawa kepada kemenangan yang nyata , hehehe . Betul ke apa yang saya cakapkan nie ?? Takut salah lah pulak , kalau salah , betul kan taw . BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR , AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN , SAYA BUDAK BARU BELAJAR , KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN . ☺

WPP

Semalam busy sangat-sangat , yelah nak sambung belajarkan . Banyak benda nak beli , tapi sebelum pergi shopping sakan , pergi ambik duit WPP . Lah , korang tak tahu ke ? duit yang PTPTN bagi tu . Ambik dekat uitm shah alam , punya lah ramai orang yang datang . Yang menerimanya dah lah ramai , yang menghantar pun terut ramai gak . Fuhh , kalau naik kereta pon jem , apatah lagi jalan kaki . Hahahahah .. Tapi bukan itu yang saya nak citer . Saya citer pasal makan semalam , banyak gila . Dia ada bagi makan pagi n makan tengahari , tapi seorang boleh dapat 2 , 3 , 4 roti seorang . Banyangkan banyaknya makanan semalam . Yang bestnya saya and my parents pun ikut seklai ambik banyak-banyak . Seronok pulak tengok orang ambik bnayak-baanyak nak lah jugak , hahahah .. Tapi da mak cik nie dia ambik lagi banyak , berbeg-beg . Tak tahu lah dia nak bagi dekat sapa , mungkin keluarga dia ramai kot , hahaha .. Habis jew majlis semalam , terus beli barang , banyak lah jugak shopping . Dah dapat pun RM1500 mana tak banyak shoppignya , hahhaha .. So , sekarang nie relax sikit , barang dah banyak dah beli , yuran pun dah bayar , cuma sekarang tengah tunngu masa untuk pergi pada 1 jun 2012 . Bermulalah corak hidup baru , hahaha .

Disaat Jatuh Cinta




10 TANDA ANDA SUKA SESEORANG..

Sepuluh - Rasa malu bila bercakap dgn dia.

Sembilan - Anda perasan anda tersenyum bila bercakap dengannya.

Lapan - Kalau terlihat dia , tak nmpk orang lain.

Enam - Sentiasa teringat dia .

Lima - Happy bila bercakap dengannya.

Empat -Akan cuba sedaya upaya untuk berhubung dengannya .

Tiga -Apabila terbaca post ini, anda teringatkan dia.

Dua - Anda tengah senyum sorang2 sekarang..

Satu - Sedang asyik memikirkannya sampai tak perasan nombor tujuh tak ada dalam senarai.

Kepahitan Berniaga




Bila kita cakap pasal berniaga selalunya sinonim dengan istilah Businessman , tapi yang saya nak cerita sekarang adalah pasal peniaga warung , kedai makan atau peniaga makanan kecil-kecilan . Mereka semua bergantung kepada keadaan sekeliling . Maksudnya , "kais pagi makan pagi , kais petang makan petang " , tapi ada segelintir antara mereka yang yang sudah berpuluh-puluh tahun berniaga begitu sehingga bujang dan membesarkan anak dengan jasa begitu . Tapi yang menyedihkan bagi saya , apabila untung perniagaan mereka tidak seberapa , mereka tetap tabah . Itula kelainan mereka daripada orang yang makan gaji . Saya kagum kepada mereka yang tidak pernah berputus asa walaupun kegagawatan kewangan sekalipun . Selagi rezeki yang kita cari adalah halal , jangan risau . Allah S.W.T pasti melimpahkan rahmatNya kepada mereka .