Cute Box Cat

Praktikal Part 2


Sekarang aku dalam part 7 diploma sains komputer . Macam aku pernah cerita , aku praktikal dalam UiTM arau jew. Sekarang tinggal lagi 3 minggu aku praktikal dekat sini. Macam-macam yang aku pernah buat . Tapi alhamdulillah , dekat PJIM & A dorang tak kan bagi kerja yang bukan bidang kita . Bangga lah sikit , hahahahah... Apa yang aku buat dekat office aku , kalau ada task , aku buat sampai siap . Lepas tu kena comment dengan DR. Bekerja dengan orang yang berpangkat tinggi ni kena layan je . Buat web bukan satu benda yang mudah . Sebab idea aku macam orang tua sikit , hahahaha .. Tapi bila kena comment aku tukarlah . tahan je telinga bila kena comment . Cuma yang bermain dekat fikiran aku . Aku nak sambung kos aku atau tukar kos ?? Sape bole jawab ?? Aku juga yang kena jawab soalan ni . Aku nak sambung belajar tapi duit takde . Degree bukan belanja sikit . Banyak tu , so kenalah aku berusha sikit untuk 5 bulan sebelum degree . Btw , aku rasa beryukur sangat sebab aku dah nak habis diploma . Akhirnya , susah nak habiskan diploma bagi aku . Bukan sebab study tapi kewangan . Hanya Allah je tahu penderitaan aku masa diploma . Aku nak ucap terima kasih dekat semua staff PJIM & A . Tak ramai pun ada 7 orang jew . Bole aku sebut satu-satu . En Safwan , Kak ana , Kak Lia , Kak Ita dan Kak rina . 13 sept 2015 adalah hari terakhir aku praktikal .

Praktikal di UiTM arau

Seronok memanglah seronok , tapi penat nak bangun pagi . Hahahaha... Tapi inilah pengalaman yang tak semua orang bole dapat . Aku belajar bangun pagi tanpa orang kejut . Memang lone ranger untuk sem ni . Tapi takpe , demi mak dan abah aku akan korbankan untuk buat yang terbaik . Dekat tempat praktikal aku buat website . Tak susah pun buat , sebab aku memang suka buat website . Cabarannya kena berinteraksi dengan orang yang kita tak kenal . Tapi lama kelamaan okay :) Lupa pulak nak cakap paktikal dekat mana . Aku praktikal dekat PJI & A ataupun RICAN . Under uitm jugalah . Doakan kejayaan aku, semoga last sem lebih baik dari sebelumnya . Kalau ada yang rasa nak cari orang untuk buat website . Bole je , anything lah :)

Seorang yang tabah dan cekal

Sifat sebenar dia nie seorang yg tak confident . Tapi sebenarnya dia sgt berani dan tabah orgnya . Ini ceritanya ..

Utk last sem dia . Dia kena buat praktikal tapi malang nasib kawan yg sepatutnya praktikal sama tggl dia sorg2 praktikal dkt slngr . Aku marah sgt sbb dorg kalau buat Keje nk skli tapi bila mcm nie tggl kn dia sorg2 .. Kesian dia .. Bila dtg selangor cari bilik sewa , tapi tak dpt .. Terpaksalah dia stay rumah aku walaupun jauh .. Tapi aku kagum dgn dia .. Dia tak pnh dtg selangor , dan bila dtg .. Mcm2 dugaan .. Tiap2 hari dia kena bljr bnd baru dan berani utk buat .. Itulah kawan baik ..

Raidatu Suhada Binti Abdul Rahim

Aku kagum dengan kau . Kau kuat , jangan cepat putus asa . Aku ada utk kau .. Hahaa .. Kau ingat satu jew .. Dugaan Allah bagi dekat setiap hambanya lain-lain .. Dan pastinya ada HIKMAH .. Ingat tuh ..


Kawan Sejati 

Apa yang korang faham tentang kawan ataupun in english 'friend' ??

Bagi saya simple jew .. Kawan yang baik adalah orang yang akan teman anda tak kira masa senang mahupun susah . Nampak macam payah je bunyinya . Tapi rakan-rakan sebenarnya untuk kita cari kawan yang sejati kita kena cuba ubah diri kita . Apa maksudnya ye ??

Macam ni .. Setiap manusia mempunyai perangai yang berbeza dan karakter yang berbeza . Kita sebagai rakan kena memahami antara satu sama lain . Mungkin susah untuk orang faham diri kita . Jadi kita kenalah cuba faham rakan kita . Tidak ada benda yang senang didunia ini , Dalam islam pun mengalakkan kita untuk berkawan . 


Pernah tak dengar Berkawan biar beribu Berkasih biar satu !!

Dalam persahabatan pun kena ada tolak ansur antara satu sama lain . Cuba korang bayangkan kalau kita nyalakan dua lilin . Lepas tuh kita gabungkan dua-dua lilin tuh .. Rasanya apa yang akan terjadi ?? Mesti api itu semakin membesar kan ??? Begitu jugalah dengan PERSAHABATAN .. Antara kita kena ada tolak ansur . 






SUKAN ANTARA FAKULTI (SAF)


Kolej Kesinai mendapat tempat kedua dengan tema BOLLYWOOD . WAhhhhhhhhhhh ..... Tak disangka-sangka . Akhirnya segala titik peluh kami berbaloi . Tapi MASCOT yang paling tak bole dilupakan .
NINJA TURTLE BERSAMA BODYGUARD .
Pelbagai jenis tema yang pada hari tersebut . Yang penting kolej saya kolej kesinai 3 memang paling HAVOC !!! Inilah ayat kolej kami HAVOC HAVOC HAVOC ... 

Hero and Heroin for SAF K3


Sebahagian kontinjen K3


Mascott K3 dan Dahlia 2 bersama Singa !!


Kebanggaan KAMI akhirnya


Kegilaan kami ..



Nikmat Hujan :)

Disebabkan kawasan tempat saya tinggal sering kali hujan ..
Saya teringin pulang nak berkongsi NIKMAT-NIKMAT HUJAN ..




Hujan merupakan nikmat dan rahmat dari Allah subhanahu wa ta'ala, dan airnya suci dan dan dapat mensucikan. Allah subhanahu wa ta'ala berfirman: 
“Dia-lah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa kabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih.” (QS.al-Furqan: 48)

Oleh karena itu, apabila hujan berhenti, kita disyariatkan untuk berdoa:
“Kita diberi hujan karena karunia dan rahmat Allah.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Ayat di atas juga merupakan dalil akan kesucian air hujan.

#copypaste :)

Bukan tuh jew taw .. time hujan , kita digaalakkan untuk berdoa ..

(1). Doa ketika angin berhembus



اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا مَرِيئًا نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ عَاجِلاً غَيْرَ آجِلٍ

“Ya Allah! Berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda.” (HR. Abu Dawud dishahihkan oleh Syaikh al-Albani)

(2). Doa ketika hujan turun

Doa tersebut berbunyi:

اللًّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا


“Ya Allah! Turunkanlah hujan yang bermanfaat (untuk manusia, tanaman dan binatang).”(HR. al-Bukhari)

(3). Doa ketika hujan berhenti

Doa ini sebagaimana telah disebutkan di atas berbunyi:

ِمُطِرْنَا بِفَضْلِ اللهِ وَرَحْمَتِه

“Kita diberi hujan karena karunia dan rahmat Allah.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

(4). Doa ketika mendengar guruh

Ketika mendengar guruh disyariatkan membaca doa berikut:

سُبْحَانَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمِدِهِ وَالْمَلاَئِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهِ

“Maha Suci Allah yang guruh bertasbih dengan memuji-Nya, begitu juga para malaikat,
karena takut kepadaNya.” (HR. Malik dalam al-Muwaththa’)

#copypaste

Ini sahaja yang saya ingin berkongsi .. semoga anda dan saya mendapat rahmat ketika hujan .. Insyaallah ...

skuad dan senior yang tersayang :)





Semua gambar ni waktu last dresscall bersama dengan senior . Cantik tak kitorang , JAMBU kan . HAHAHAHAHA ... Junior yang berpakaian pink dan senior yang berbaju hijau . Pelabagai kenangan pahit manis yang kami alami , tapi ini semua menjadi kenangna terindah buat kami . Orang kata ," kalau nak senang kena bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian ".